Friday, 24 June 2016

ALI'S LIFE HERE

    Ali berusia 15 tahun dan dia seorang murid yang nakal dan malas tetapi dia lebih berada  didalam kehidupan yang mewah dan serba lengkap .Namun kehidupan yang lengkap nya disia-siakan olehnya . Ibubapa nya sering menasihati dan memarahi nya kerana dia terlalu leka akan gadjet gadjet dan video games yang dibeli oleh ibubapa nya . Lebih lebih lagi ibubapa nya sebuk akan pekerjaan mereka sampai tiada masa bersama dengan satu satu anaknya itu . Disebabkan kurang kasih sayang daripada ibubapanya , dia sering keluar rumah unuk berjumpa dengan rakan rakannya tanpa pengetahuan daripada orang tuanya . 

   Pada suatu hari , seperti kebiasaan di sekolah setiap hari Isnin akan dimulakan dengan perhimpunan pagi dan kemudiannya semua murid terus ke kelas untuk memulakan pembelajaran mereka . Pada waktu pertama adalah matematik yang diajar oleh cikgu Fatimah . Beliau adalah guru yang paling garang dan tiada siapa yang boleh melawan kata katanya apatah lagi apabila kerja rumah yang diberinya tidak dilaksanakan dan tidak membawa buku dalam subjeknya .

   Semasa dia sekolah , Ali yang terlalu leka semasa dirumahnya dengan banyak membuang masa teringat akan kerja rumah yang diberi Puan Fatimah tidak dilaksanakan olehnya . Seperti biasa Ali akan menyalin kerja rumah daripada rakannya Abu . Abu adalah seorang murid yang pintar dan disukai oleh semua guru yang mengajar kelas nya . Apatah lagi dia lebih suka akan subjek matematik . Lebih sayang la Puan fatimah akan Abu . 

   
    Sebelum Puan Fatimah masuk ke kelas untuk memulakan pembelajarn . seorang murid dari kelas Tingktn 4 Arif mengetuk pintu kelasnyya dan ingin berjumpa dengan Ali . Ali disuruh untuk ke pejabat kerana pengetua ingin berjumpa dengannnya . Pelbagai fikiran yang berada diminda nya , risau juga Ali pada masa itu . Apabila dia membuka pintu pejabat sekolahnya , pengetua terus berkata untuk Ali menenangkan dirri dahulu . Ali terpinga pinga akan ayat daripada tuan pengetua . Tanpa membuang masa , Ali dengan lantas menanyakan apa sudah terjadi malah jantungnya berdegup kencang .

    '' Banyakkan bersabar ye , mungkin ada hikmah disebalik ini . ibubapa kamu kemaalangan di jalan raya semasa ingin pulang kerumah . Tiba tiba kenderaan yang dipandu oleh ibubapa kamu tidak berfungsi . Lalu terus melanggar lori seberat itu . '' kata pengetua . Ali yang terkejut mendengar cerita daripada pengetuanya terus pengsan di pejabat seakan akan ini mimpi .

    Apabila sedar dan Ali mengetahui kejadian yang terjadi . terdetik di sudut hati teringat akan peristiwa dosanya terhadap ibubapanya . Ali berazam untuk menjadi anak yang baik dan belajar bersungguh sungguh untuk masa hadapan . Ali yang masih muda terus kehilangan ibubapanya . Tetapi Ali banyak mengambil iktibar dan rela akan pemergian orang tuanya walaupun masih terkejut tentang berita itu .


   Akhirnya , selapas berbulan bulan Ali belajar bersungguh sungguh dan banyak mendekatkan diri dengan tuhan seperti tidak meninggal kan solat 5waktu sehari dan mengaji alquran  . Tiba masanya untuk Ali mengambil keputusan PT3 nya bersama dengan neneknya yang tinggal sebatang kara dan tinggal bersama Ali . Namun tidak disangka Ali mendapat 8A dalam pt3 nya walaupun tidak mengecapi straight A tetapi dia berasa bersyukur akan kejayaan di capinya . Neneknya berasa bangga akan kejayaan Ali. Ali berazam akan lebih berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang . kesimpulannya , selagi kita mempunyai peluang untuk berubah dan masih sempat untuk berubah , kita jangn menyia nyaikan peluang itu . peluang hanyalah sekali sahaja ...






P/S : FINALLY TAMAT KISAH ALI YANG KINI SUDAH BERUBAH . TERIMA KASIH TAK TERHINGGGA KEPADA KAMU KERANA DAPAT MELUANGKAN MASA KE BLOG SAYA . INSHAALLAH STEP BY STEP . MAAF JUGA ATAS KESALAHAN AYAT ATAU EJAAN KERANA  HARI PUN SUDAH LEWAT MALAM . ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)