Ali berusia 15 tahun dan dia seorang murid yang nakal dan malas tetapi dia lebih berada didalam kehidupan yang mewah dan serba lengkap .Namun kehidupan yang lengkap nya disia-siakan olehnya . Ibubapa nya sering menasihati dan memarahi nya kerana dia terlalu leka akan gadjet gadjet dan video games yang dibeli oleh ibubapa nya . Lebih lebih lagi ibubapa nya sebuk akan pekerjaan mereka sampai tiada masa bersama dengan satu satu anaknya itu . Disebabkan kurang kasih sayang daripada ibubapanya , dia sering keluar rumah unuk berjumpa dengan rakan rakannya tanpa pengetahuan daripada orang tuanya .
Pada suatu hari , seperti kebiasaan di sekolah setiap hari Isnin akan dimulakan dengan perhimpunan pagi dan kemudiannya semua murid terus ke kelas untuk memulakan pembelajaran mereka . Pada waktu pertama adalah matematik yang diajar oleh cikgu Fatimah . Beliau adalah guru yang paling garang dan tiada siapa yang boleh melawan kata katanya apatah lagi apabila kerja rumah yang diberinya tidak dilaksanakan dan tidak membawa buku dalam subjeknya .
Semasa dia sekolah , Ali yang terlalu leka semasa dirumahnya dengan banyak membuang masa teringat akan kerja rumah yang diberi Puan Fatimah tidak dilaksanakan olehnya . Seperti biasa Ali akan menyalin kerja rumah daripada rakannya Abu . Abu adalah seorang murid yang pintar dan disukai oleh semua guru yang mengajar kelas nya . Apatah lagi dia lebih suka akan subjek matematik . Lebih sayang la Puan fatimah akan Abu .
Sebelum Puan Fatimah masuk ke kelas untuk memulakan pembelajarn . seorang murid dari kelas Tingktn 4 Arif mengetuk pintu kelasnyya dan ingin berjumpa dengan Ali . Ali disuruh untuk ke pejabat kerana pengetua ingin berjumpa dengannnya . Pelbagai fikiran yang berada diminda nya , risau juga Ali pada masa itu . Apabila dia membuka pintu pejabat sekolahnya , pengetua terus berkata untuk Ali menenangkan dirri dahulu . Ali terpinga pinga akan ayat daripada tuan pengetua . Tanpa membuang masa , Ali dengan lantas menanyakan apa sudah terjadi malah jantungnya berdegup kencang .
'' Banyakkan bersabar ye , mungkin ada hikmah disebalik ini . ibubapa kamu kemaalangan di jalan raya semasa ingin pulang kerumah . Tiba tiba kenderaan yang dipandu oleh ibubapa kamu tidak berfungsi . Lalu terus melanggar lori seberat itu . '' kata pengetua . Ali yang terkejut mendengar cerita daripada pengetuanya terus pengsan di pejabat seakan akan ini mimpi .
Apabila sedar dan Ali mengetahui kejadian yang terjadi . terdetik di sudut hati teringat akan peristiwa dosanya terhadap ibubapanya . Ali berazam untuk menjadi anak yang baik dan belajar bersungguh sungguh untuk masa hadapan . Ali yang masih muda terus kehilangan ibubapanya . Tetapi Ali banyak mengambil iktibar dan rela akan pemergian orang tuanya walaupun masih terkejut tentang berita itu .
Akhirnya , selapas berbulan bulan Ali belajar bersungguh sungguh dan banyak mendekatkan diri dengan tuhan seperti tidak meninggal kan solat 5waktu sehari dan mengaji alquran . Tiba masanya untuk Ali mengambil keputusan PT3 nya bersama dengan neneknya yang tinggal sebatang kara dan tinggal bersama Ali . Namun tidak disangka Ali mendapat 8A dalam pt3 nya walaupun tidak mengecapi straight A tetapi dia berasa bersyukur akan kejayaan di capinya . Neneknya berasa bangga akan kejayaan Ali. Ali berazam akan lebih berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang . kesimpulannya , selagi kita mempunyai peluang untuk berubah dan masih sempat untuk berubah , kita jangn menyia nyaikan peluang itu . peluang hanyalah sekali sahaja ...
P/S : FINALLY TAMAT KISAH ALI YANG KINI SUDAH BERUBAH . TERIMA KASIH TAK TERHINGGGA KEPADA KAMU KERANA DAPAT MELUANGKAN MASA KE BLOG SAYA . INSHAALLAH STEP BY STEP . MAAF JUGA ATAS KESALAHAN AYAT ATAU EJAAN KERANA HARI PUN SUDAH LEWAT MALAM . ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)
No comments:
Post a Comment